Monday 28 November 2011

amalan sunat yg killer di bulan muharram!!!

klu korg buat semua ni kompern setan2 semua menangis!!!!so ni la masa utk kita buat diaorh nangis!!!!
info ni entah kat mana aku ciluk..xkesah la...ilmu yg baik xsalah klu kita share so...semoga kita sama2 enjoy and berbahagia dlm bulan muharaam ni ek!!!

Amalan yang disunatkan pada bulan Muharam:

1. Barang siapa yang berpuasa pada Jumaat pertama Muharam, nescaya diampunkan Allah dosa-dosa yang lalu.
2. Barang siapa berpuasa 3 hari berturut-turut pada hari Khamis, Jumaat, Sabtu pada bulan Muharam, nescaya Allah memberi pahala sepeti beribadat 900 tahun.
3. Barang siapa berpuasa 1 hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun.
4. Barang siapa berpuasa 3 hari dalam bulan Muharam iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala sepertimana beribadat selama 2 tahun.
5. Banyakkan solat sunat, zikir dan sebagainya.

Perkara sunat pada hari Asyura ( 10 Muharam ) :
Menahan marah. Di Akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
Menunjukkan kelapangan masa / belanja anak isteri. Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
Memuliakan fakir miskin. Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
Orang yang sesat...Allah akan memulihkan cahaya iman dalam hatinya.
Menyapu / mengusap kepala anak yatim. Allah akan mengurniakan sepohon pokok di Syuga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.
Bersedekah. Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak henti-henti dari kecil hingga ia mati. Di beri pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
Memilihara kehormatan diri. Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
Mandi sunat. Tidak sakit ( sakit berat ) pada tahun itu. Lafaz niat:" Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana AllahTaala ".
Bercelak. Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
Membaca Surah Al-Ikhlas 1,000 kali. Allah akan memandangnya dengan pandangan rahmah di Akhirat nanti.
Sembahyang sunat Asyura 4 rakaat. Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun.Lafas niat : " Sahaja aku sembahyang
sunat hari Asyura empat rakaat krana Allah Taala ". Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca surah Al-Ikhlas 11 kali.
Menjamu orang berbuka puasa. Diberi pahala seperti memberi sekalian orang islam berbuka puasa.
Berpuasa. Niat: " Sahaja aku berpuasa sunat hari Asyura esok hari kerana Allah Taala". Diberi pahala seribu kali haji, seribu kali umrah, seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka. Insyaallah. waallahualam.

DOA AKHIR TAHUN


Doa akhir tahun dibaca sebanyak 3 kali pada akhir waktu Asar atau
sebelum masuk waktu maghrib, pada akhir bulan Zulhijah. Sesiapa membaca doa
ini, berkatalah syaitan : " kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku
mengoda anak Adam pada setahun ini dan ALLAH binasaka aku satu saat jua."
Dengan sebab membaca doa ini, ALLAH S.W.T. ampunkan dosanya setahun lalu.
Terjemahan Doa tersebut adalah:

"Segala puji tertentu bagi ALLAH, Tuhan yang memelihara dan mentadbir
sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad
S.A.W. dan keluarga serta para sahabatnya. Ya ALLAH, sesungguhnya pada
tahun ini, aku telah melakukan larangan-laranganMU tapi aku belum
bertaubat. Sedangkan ENGKAU tidak redha dan melupai azab-MU yang vtelah
ditetapkan kepadaku. ENGKAU telah memerintahkan supaya aku bertaubat
daripada kesalahan-kesalahan itu. Sesungguhnya pada hari ini, aku mohon
keampunan dari ENGKAU. Ampunkanlah aku dan apa yang aku lakukan tahun ini,
yang ENGKAU redhai dan yang ENGKAU janjikan pahala. Maka aku mohonnya
daripada ENGKAU, Ya ALLAH, YA KARIM YA ZAL JALA LIL WAL IKRAM, terimalah
permohonanku ini dan janganlah ENGKAU hampakan harapanku terhadapMU.
Selawat dan salam ke atas junj ungan kami Nabi Muhammad S.A.W. dan keluarga
baginda serta para sahabatnya. Dan segala puji tertentu bagi ALLAH, Tuhan
yang memelihara dan mentadbir sekalaian alam."

DOA AWAL TAHUN

Doa ini dibaca 3 kali selepas maghrib, pada awal Muharram. Sesiapa yang
membaca doa ini, syaitan berkata,: " Telah aman anak Adam, amanlah anak
Adam ini daripada godaanku pada tahun ini." Kerana ALLAH S.W.T. telah
mewakilkan dua malaikat memeliharanya daripada fitnah syaitan laknaktullah.
Terjemahan Doa tersebut adalah:

"Segala puji tertentu bagi ALLAH, Tuhan yang memelihara dan mentadbir
sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W dan
keluarga baginda serta para sahabatnya. Ya ALLAH, ENGKAULAH yang kekal
abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihanMU yang MAHA AGUNG dan
KEMURAHANMU yang melimpah. Sesungguhnya pada tahun ini, aku mohon ENGKAU
perlindungan daripada syaitan yang direjam, kuncu-kuncunya,
tentera-tenteranya dan penolong-penolongnya dan aku mohon perlindungan
daripada nafsu amarah yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan dan
melalaikan aku dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan
diri kepada ENGKAU. Selawat dan salam ke atas junj ungan kami Nabi Muhammad
S.A.W. dan keluarga baginda serta para sahabatnya. Dan segala puji tertentu
bagi ALLAH, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalaian alam."

No comments:

Post a Comment